Tuesday, June 16, 2009

KPJ Terengganu : 16hb JUN 2009

16hb Jun 2009 : Lebih 400 orang memenuhi ruang dewan TER, K.Ibai Terengganu untuk mendengar kuliah bersiri Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. Kuliah bermula Jam 9.00 Malam - 11.30mlm

Testimoni malam ini adalah berkaitan amalan meminum Eq- Minda untuk Stress (Pemarah) dan Kopi Radix untuk penghisap rokok tegar









From Kuliah Perubatan Jawi

Lihat Lagi Gambar



KPJ Kelantan

15hb Jun 2009: Alhamdulillah, KPJ Kelantan baru sahaja selesai tepat jam 11.40 malam tadi yang telah pun diadakan di Hotel New Pacifik, Kota Bharu, Kelantan. Seperti yang dijangka kehadiran ahli-ahli Hpa ke KPJ kali ini adalah seramai 400 orang.Tahniah kepada leader-leader HPA Kelantan yang telah berjaya menghimpunkan ahlinya.

Tinjauan dilakukan mendapati ahli-ahli Hpa sekitar Kota Bharu berpusu-pusu masuk ke dalam dewan seawal jam 8.00 malam dan kerusi dewan tidak mencukupi sehingga ada yang sanggup berdiri dibelakang untuk mendengar kuliah Tn Hj. Ismail Ahmad.Keadaan KPJ di sini berlangsung dengan amat lancar.Syabas diucapkan kepada AGM Ismail Omar bersama team beliau.

Sunday, June 7, 2009

KPJ Kuantan 7hb Jun 2009

KPJ Kuantan telah berlangsung pada 7hb Jun 2009 oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. KPJ ini telah dihadiri lebih 400 orang (Anggaran). KPJ berlangsung di Vistana Hotel Kuantan. Sebelum PU menyampaikan Kuliah, Tazkirah agama telah diberi oleh Ust Irham Baktiar dari Samanrida, Kalimanatan, Indonesia. Alumni Herbalis 16


Tuesday, June 2, 2009

KPJ Kluang - 2hb Jun 2009

Alhamdulillah rasa syukur dan takzim diangkatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan kemuliaan serta kasih sayang kepada para hambanya maka telah berlangsung Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) pada 2 Jun 2009 di Dewan Nuruddin Fahmiey berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.

Majlis yang dihadiri seramai 9 orang Pengarah Jati Setia(PJS), Leader 26 orang, dan ahli 95 orang telah memeriahkan kuliah pada kali ini.Ketibaan Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd Tuan Hj Ismail Bin Hj Ahmad beserta isteri diiringi oleh PJS Hafidzan Bin Fauzi bersama Pen. Pengurus Besar Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail dan juga eksekutif-eksekutif cawangan zon selatan.





Majlis bermula pada jam 9.00 malam dipengerusikan oleh Cikgu Khalid selaku pengerusi jemputan dari Kelab Pemimpin Al Wahida Selatan(KAS).

Kuliah Tuan Pengarah banyak berkisar tentang akan khasiat dan kepentingan produk, beliau telah menyentuh hampir 30 jenis produk beserta khasiatnya.Antara produk-produk tersebut adalah seperti Herba Tuju Angin, Herba IMT, Teh Herba, Kacang Beling (ALG), Bedak Delima dan lain-lain lagi.

Kebanyakan ulasan dan kupasan produk tersebut telah beliau nukilkan di dalam buku medicalherb yang kini ada di jual di cawangan-cawangan HPA seluruh negara.Para ahli dan tetamu yang hadir boleh merujuk dan cuba memahami akan produk beserta khasiatnya yang banyak diulas dalam buku tersebut.

Tuan Haji Ismail juga turut menegaskan bahawa betapa pripentingnya kita sebagai umat Islam yang mukmin menyokong dan membantu segala apa jua produk halal yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera Islam,peniaga-peniaga dan pengusaha Islam agar kita dapat membantu ekonomi umat Islam dan secara tidak langsung ia mampu memberi kekuatan dan juga roh Islam kepada masyarakat itu sendiri.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa HPA akan membuka Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House(RCH) di Kluang.Ketiadaan pewarna didalam beberapa produk-produk tertentu turut di sentuh seperti produk Syampoo Aromatherapy dan Wahdah yang berwarna kepada tiada pewarna dan warna hanya terletak di botolnya sahaja.

HPA juga menawarkan kepada anak-anak muda dan generasi belia kita untuk menuntut dan menimba ilmu di Institut Teknolgi HPA (ITHPA) yang akan diwujudkan di Sg Petani Kedah.Pengambilan yang dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan tanpa mengira lapisan umur dan kelayakan di pelawa untuk mengikuti pengajian ini.

HPA juga telah membuka Sek Men Aliran Tahfiz yang mana mereka ini adalah para hufaz yang memikul amanah dan tanggungjawab yang berat kepada Allah S.W.T namun mereka ini adalah insan-insan yang mulia di sisi Allah S.W.T. mereka ini juga ditawarkan untuk bekerja dengan HPA setelah mereka berjaya menamatkan pengajian mereka nanti.

Sebanyak 5 persoalan yang telah diajukan dan telah dijawab oleh beliau.Sepertimana di dalam KPJ yang lain 2 orang ahli bersedia menyampaikan testimoni berkongsi pengalaman mereka sendiri. agar ianya mampu memberi semangat kepada masyarakat lainnya.Mereka adalah Pn Zaiton Bt Ahmad dan En Yunus.

Hadiah penghargaan kepada penyampai testimoni sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan dari HPA telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Hj Ahmad diiringi oleh PJS Hafidzan Bin Faudzi.Semoga akan ada ramai lagi masyarakat Islam kita yang sedar akan betapa pripentingnya pemilihan makan yang halal dan bersih agar ia mampu melahirkan generasi dan masyarakat yang beriman dan beramal soleh.Amin.